Alhamdulillah...keadaan jalan pada hari ini agak baik setelah dibuat penambahbaikan walaupun sekadar meletakkan batu-batu di permukaan jalan yang becak dan licin tapi sudah cukup untuk melegakan hati kami warga pendidik di SK Ulu Sg. Siong kerana pemanduan kami akhirnya selamat sampai di pintu masuk sekolah. Syukur sangat-sangat. Sehingga ke tengahari ini tadi, cuaca agak elok dan cerah sehinggalah pemanduan kami sampai di Pasar Teku di mana hujan telah mula turun. Harapan kami warga pendidik semoga jalan tidak rosak lagi walaupun tanda-tanda hujan akan berterusan agak ketara.
Minggu ini ialah minggu ke 3 Program Transisi Sekolah dan majlis perasmian penutupan akan berlangsung pada hari Jumaat ini iaitu pada 21 Januari 2011. Untuk anak-anak didik di Tahun 1 iaitu adik Ruben Sigat dan adik Norman Silang, semoga tabah menimba ilmu yang dicurahkan. Jangan amalkan sikap malas dan rajin-rajinlah membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru. Sementara sekolah gantian akan dilaksanakan pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 bagi menggantikan hari persekolahan pada minggu Tahun Baru Cina.
Tahniah dan terima kasih kepada cikgu sebab dapat meluangkan masa membuat blog ini..^_^
ReplyDeleteRasa nak balik kampung pulak lepas tengok blog ni..hehehe...
Semoga cikgu sekalian dapat mengharungi cabaran demi cabaran semasa mengajar di kampung saya ni dan kirim salam kat cleaner & guard kita yang suka bergosip tu...hahaha...
Salam, tahniah cikgu.....teruskan usaha yg murni untuk mendidik semuga diberkati Allah swt...amin
ReplyDelete